Tuesday, August 30, 2011

Maksud Kaamatan

Maksud Kaamatan, Hari Kaamatan, Tadau Kaamatan, Pesta Kaamatan, Pesta Menuai

Maksud asal Kaamatan berasal dari perkataan DusunKadazan yang membawa maksud "Selepas Menuai". Dalam ertikata selepas menuai hasil-hasil pertanian terutamanya padi.

Sebab itu dalam pesta kaamatan yang diadakan akan ada acara mengatam padi (bukannya jagung, halia, timun dsb) sebagai simbolik perasmian pesta.

Perkataan seperti mengatam,mengomot dan mengetu mempunyai maksud yang sama iaitu "memetik" padi.

Dalam perbualan harian masyarakat Dusun mengomot dan mengetu seringkali digunakan. Misalnya noko-omot ko noh? atau noko-kotu ko noh? (kamu sudah habis menuai?)

Dalam perkataan asing misalnya Bahasa Inggeris ia dipanggil Harvest atau Harvesting.
Orang putih pun ada pesta menuai juga misalnya menuai epal,strawberry,gandum,jagung dan sebagainya.

Wednesday, March 23, 2011

blog kaamatan kembali

alamat ini nampaknya sudah boleh diambil kembali setelah dipadam oleh google lebih kurang 3 tahun yang lalu.

anda boleh baca entry tersebut disini

sebab itu saya menciptakan alamat baru iaitu http://newkaamatan.blogspot.com

blog kaamatan kembali setelah 3 tahun 'unavailability'